”Ya Allah, berikanlah cintaMu kepada ku dan jadikanlah aku mencintai
orang yang mencintaiMU dan mencintai segala sesuatu yang membawa kepada
kecintaanMu. “
1. Minum air yang dibacakan Al-Quran. 2. Mandi dengan menggunakan air yang dibacakan Al-Quran. 3. Mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. 4. Menyapu ke tempat bengkak dengan minyak zaitun yang dibacakan ayat-ayat Al-Quran.
Ada pun ayat-ayat Al-Quran yang dibaca adalah seperti berikut:
1. Semua ayat tersebut hendaklah dibaca sebanyak 7 kali ke atas air
yang cukup bagi kegunaan mandi dan minum untuk tempoh seminggu, iaitu
bagi mandi sekali sehari dan minum 3 gelas setiap hari.
2. Ayat
yang sama juga ditiupkan pula (secara serentak) ke atas minyak zaitun
yang kadarnya boleh disapukan ke atas anggota yang sakit bagi tempoh 21
hari (3 minggu). 3. Kemudian dibacakan doa-doa berikut dan ditiupkan ke atas air dan minyak iaitu:
Ertinya: "Hilangkanlah kesakitan, wahai Tuhan bagi seluruh manusia,
dan sembuhkanlah wahai Engkau, Tuhan yang menyembuh, tiadalah sembuh
melainkan dengan kesembuhan Engkau, sebagai kesembuhan yang tiada
dikhianati oleh kesakitan." (HR At-Tirmizi)
4. Dibacakan 7 kali :
Ertinya: "Saya memohon pada Allah Yang Maha Besar, Tuhan Yang Memiliki
'Arasy (Singgahsana) yang besar, agar Dia menyembuhkan engkau
(pesakit)." (HR Abu Daud dan At-Tirmizi (Hasan)).
Kemudian baca 7 kali :
Ertinya: "Saya berlindung pada kalimah-kalimah Allah yang sempurna
(Al-Quran) daripada kemarahan-Nya, seksaan-Nya dan kejahatan para
hamba-Nya, juga dari segala gangguan syaitan-syaitan dan dari kedatangan
mereka." (HR Ahmad, Abu-Daud, An-Nasa'i dan At-Tirmizi)
Ertinya: "Dengan (menyebut) nama Allah Tuhan Penyembuh. Wahai Allah,
sembuhkanlah hamba Engkau dan telah benarlah Rasul Engkau."
5.
Sesudah itu hendaklah menyempurnakan mandi dan minum segelas air
tersebut sewaktu pagi, tengah hari dan malam, setiap hari serta menyapu
anggota sakit dengan minyak zaitun yang telah dibacakan itu.
6.
Apabila timbul bengkak yang berbentuk darah, maka hendaklah digunakan
sepenuh minyak pada tulang punggung, kaki kanan dan kaki kiri.
7. Apabila bengkak itu terdapat di tempat lain seperti payudara, rahim,
usus atau paru-paru, hendaklah disapukan minyak ke bahagian yang sakit
dari sebelah luar.
8. Hendaklah ditambah lagi mandi 21 hari dan
menyapu dengan minyak zaitun dan bacakan lagi ayat-ayat tersebut sekali
seminggu. Dengan izin Allah, penyakit itu akan sembuh, insya-Allah.
(Sumber: Mari Berubat Dengan Al-Qur'an oleh Asy-Syaikh Abi Al-Fadaa'
Muhammad, terjemahan oleh: Abdullah Al-Qari B. Hj. Salleh, terbitan
Al-Hidayah Publications, ISBN 983-9188-49-6
"Ya Allah, ampunilah aku terhadap dosa yang terdahulu dan terkemudian, yang tersembunyi dan nyata, begitu juga dosa yang ku buat berlebih-lebihan, dan segala dosa yang mana Engkau amat mengetahuinya daripadaku, Engkaulah permulaan dan Engkaulah penyudahan, tidak ada Tuhan selain daripada Engkau, wahai Tuhan yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hatiku atas (pegangan kepada) agama Engkau (Islam) dan atas menjunjungi titah-Mu. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini sebahagian daripada orang yang zalim."
"Ya Allah bahawasanya waktu duha itu duha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika di atas bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah ,jika masih jauh dekatkanlah, jika banyak maka berkatilah. Dengan keberkatan waktu duha Mu, keagungan Mu, keindahan Mu, kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh."
"Ya Allah, bagi-Mu segala puji. Engkaulah cahaya yang menerangi langit dan bumi serta seisinya, Engkau yang hak, janji-Mu adalah haq (benar), menghadap kepada-Mu itu juga haq (pasti), syurga itu haq (benar), neraka itu haq, hari kiamat itu haq, nabi itu-nabi itu adalah haq dan nabi Muhammad itu haq. Ya Allah, kepada-Mu sajalah aku berserah diri, kepada-Mu sajalah aku bertawakal, hanya kepada-Mu aku beriman, kepada-Mu sajalah aku bertahkim, Maka ampunilah dosaku yang silam dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang nyata. Engkau yang awal dan Engkau yang terakhir. Tiada Tuhan selain Engkau. dan tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah."
"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri / (suami) dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa."
1. Adakah aku sentiasa taat kepada Allah dan Rasullulah SAW?
2. Adakah jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidup aku?
3. Adakah mati syahid adalah cita-cita hidup tertinggi aku?
4. Selama ini, adakah aku sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah?
5. Ikhlaskah aku dalam beramal?
6. Adakah kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupku?
7. Takutkah aku kepada ujian Allah dan ancaman-Nya?
8. Adakah aku selalu memohon ampun atas segala dosa-dosaku?
9. Adakah aku zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya?
10. Adakah solat malam menjadi kebiasaanku?
11. Adakah aku bertawakal kepada Allah atau aku kerap mengeluh?
12. Adakah aku kerap memberikan infaq di waktu senang mahupun sempit?
13. Berusahakah aku untuk menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah di antara mereka?
14. Kuatkah aku amar maaruf dan nahi munkar?
15. Adakah aku sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan?
Hasrat kita untuk berjumpa Rasulullah SAW di dalam mimpi adalah sungguh murni. Tidak wajar sebagai pengikut Nabi Muhammad SAW yang tidak mempunyai angan-angan untuk berjumpa dengan nabi di dalam mimpinya ketika tidur.
Wahai Rasulullah, Tika ini, jika engkau hadir bertamu, Mungkin mengalir deras airmatamu, Dek kesayuan mengenang umatmu, Terlalu jauh dari Allah dan risalahmu,
Wahai Rasulullah, Nafsu kini menjadi tuhan, Harta dan pangkat menjadi sembahan, Melalaikan segala arahan & janji ketuhanan, Ibadah dirasa berat tidak tertahan, Al Quran bukan lagi panduan kehidupan.
Wahai Rasulullah, Kedamaian rumahtangga semakin hancur, Sikap curang semakin subur, Peranan ibubapa kian gugur, Ketaatan anak-anak turut melebur, ‘Barah' di dalam keluarga menjadi parah, Akibat solat yang tiada berarah, Amat jauhlah keikhlasan ibadah
Wahai Rasulullah, Kami tidak mahu lupai jasa & kesukaranmu, Namun ramai mendustakan ajaranmu, Harta kini lebih dicintai dari cintamu, Cinta Allah & Rasul menjadi lafaz kaku, Seperti khayalan yang nyata palsu,
Wahai Rasulullah, Dosa kami ibarat lautan tidak berpenghujung, Namun dirasa umpama lalat di hujung hidung, Hinggapnya hanya sebentar, Bila ditepis ia tidak lagi berkunjung... Taubat kami kurang kekesalan, Tiada penghayatan, tiada keinsafan Hati kian berkarat, dipenuhi dosa tanpa Nur Tuhan, Anehnya, kami masih merasa layak ke syurga idaman,
Wahai Rasulullah, Aurat wanita tercemar kian, Berbangga ditayang & dihias berlebihan, Ditagih penghargaan dan kalam pujian, Tidak dipeduli murka Tuhan, Bapa & suami dayus suatu kebiasaan, Cuaikan amanah ketua keluarga lantikan tuhan,
Wahai Rasulullah, Bersamamu, kami merindui kehidupan, Namun adakah diri ini punyai kelayakan, Dibanding sahabat, tabien & solihin yang beriman, Dimanakah tempat kami di sisi insan kesayangan Tuhan, Dipohon syafaatmu duhai kekasih pilihan,
Wahai Rasulullah, Belas Allah kami harapkan, Moga , tatkala menjelang kematian, Jiwa yang sejahtera dapat kami hamparkan.
Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net Leicester, UK
Ya Allah Engkau mengetahui bahawa.. hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu Bertemu untuk mematuhi perintah Mu Bersatu memikul beban dakwah Mu Hati-hati ini telah mengikat janji setia.. untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini Tunjukkanlah kepada hati-hati ini.. akan jalannya yang sebenar Penuhkanlah piala hati ini.. dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu Hidup suburkanlah hati-hati ini.. dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Jika Engkau mentakdirkan mati Maka matikanlah pemilik hati-hati ini.. sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran.. dan sebaik-baik penolong ya Allah Perkenankanlah permintaan ini Amin ya rabbal A'alamin..