Thursday, March 10, 2011

3 KEBAHAGIAAN INSAN


ANUGERAHNYA
Tiada siapa yang inginkan kesedihan, kemurungan dan keresahan. Jika ditanya kepada sesiapa sahaja pun,pastinya insan akan berkehendakkan akan kebahagiaan. Hidup tanpa bahagia ibarat terbakar dalam neraka dunia.

Namun, apakah itu kebahagiaan sebenarnya? Adakah wang ringgit? Adakah makanan yang lazat? Adakah anak-anak? Atau segala perkara material yang mampu kita lihat atau mungkin ianya merupakan satu perasaan yang mana kita merasa aman, sentiasa ceria walaupun bermasalah.

Sebenarnya, langkah paling awal untuk mengecap kebahagiaan adalah memahami diri sendiri. Dalam erti kata lain, menguasai segala sifat negatif yang selama ini terbentuk dalam benak minda hingga ada yang dizahirkan dengan perbuatan. Selagi kita duduk dalam lingkaran energi negatif, maka kita tidak akan dapat lagi dari tempiasnya.

Lebih memburukkan keadaan, apabila tenaga negatif-negatif ini terkumpul dan terpendam menjadi seakan satu gunung berapi dalam diri yang boleh meletus pada bila-bila masa sahaja. Setelah itu kita akan melihat kedatangan kebahagiaan, namun jangan dilupakan bahasa kebahagiaan duniawi anak Adam terbit atas tiga perkara yang kadang kala kita lupa untuk mengupasnya dengan penuh hikmah.

Dalam sebuah hadis, daripada Saad bin Abi Waqqas dinyatakan bahwa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Kebahagiaan anak Adam itu ada tiga, manakala kecelakaannya juga ada tiga. Sesetengah daripada kebahagiaan anak Adam itu ialah isteri yang solehah, tempat tinggal yang baik dan kenderaan yang elok. Dan sebahagian kecelakaan manusia itu ialah isteri yang jahat, rumah yang buruk dan kenderaan yang buruk.” (Hadis riwayat Ahmad)

Secara mudahnya, kebahagian akan datang dengan jelas apabila kita mempunyai tiga perkara, iaitu, isteri (pasangan), tempat tinggal dan kenderaan. Mungkin lebih bagus seandainya kita dapat mengupasnya sedikit secara satu persatu.

1 – Isteri

Sebelum mendapat isteri yang solehah, kita sendiri mestilah soleh. Jika diri sendiri tidak soleh, agak mustahil pula kita dapat membentuk seorang isteri yang solehah. Berkenaan isteri atau pasangan hidup, hal ini dilihat cukup linear kerana seandainya kita dan isteri tidak sehaluan, mana mungkin kita akan mengecap kebahagiaan. Kita sering mengatakan pasangan hidup mestilah sekufu, dari sudut sekufu yang sama arah dan tahap pemikiran. Jika kita mempunyai masalah dalam rumahtangga, kita selalunya akan membawanya ke tempat kerja, maka hasil produktiviti akan merudum dan mungkin lama kelamaan kita boleh hilang pekerjaan dan kepercayaan yang diberi majikan.

Masalah dalam berpasangan ini sering mencetus emosi yang tidak terhenti dan emosi yang ada dalam minda akan memberi reflek fizikal yang negatif juga. Dari emosi ini, lahirlah kata-kata nista, timbullah prasangka dan akibatnya kita akan sentiasa diselubungi suasana yang negatif.

Apa yang lebih buruk adalah apabila ia melibatkan rezeki kerana apabila rezeki mula terjejas, hilanglah kewarasan minda. Kita akan mula membuat keputusan yang di akhirnya memberi beban yang berat dalam mengharungi kehidupan.

Justeru itu, apabila diri kita sudah menjadi positif, kita juga perlu sehaluan dengan pasangan ktia dan apabila isteri adalah isteri yang solehah, maka ketaatannya akan membuat kita kurang berlaga fikiran. Ini akan membawa kepada keharmonian dan rezeki yang lebar lagi luas.

2 – Tempat tinggal


TEMPAT TINGGAL
Pernahkah anda merasakan semenjak berpindah ke rumah baru, terasa keperitan dari pelbagai segi, sedangkan semasa tinggal di rumah lama, rezeki anda mencurah-curah? Semenjak tinggal di rumah baru, masalah demi masalah mendatang dan banyak perkara yangmerudung malang menjelma. Mengapa perkara sebegini berlaku? Jawapannya ada di dalam hadis tadi. Apabila tempat tinggal yang kita diami tidak mempunyai energi yang baik, maka secara sutomatik kita juga akan merasa kurang selesa.

Keadaan kurang selesa akan menimbulkan keluhan. Keluhan pula akan memberi impak negatif dalam suasana rumah, maka sebab itulah orang dahulu cukup pantang mengeluh di dalam rumah. Melihat penjelasan tentang rumah yang buruk (dalam hadis) itu bukan dari sudut fizikalnya, tetapi dari sudut gelombangnya. Cuba kita lihat, sebuah rumah yang besar dan indah tetapi apabila kita masuk ke dalam ruangannya, kita merasa kurang aman, kurang selesa dan banyak keresahan.

Hal ini mungkin terjadi apabila penghuninya tidak mengingati Allah SWT dengan sewajarnya dan mungkin juga apabila pulang ke rumah, masalah serta tekanan tempat kerja yang ada dalam minda di bawa ke rumah.

Apabila keadaan rumah penuh dengan negativiti, maka rezeki dengan sendirinya akan bermasalah. Maka kita menjadi orang yang bukan sahaja rugi akhirat, bahkan rugi juga di dunia. Masalah banyak, sakit berarak.

3 – Kenderaan


KENDERAAN
Perihal kenderaan ini, rasanya sudah ramai yang sedia maklum bahawa jika kita ingin menjual kereta, kita dilarang untuk memperkatakannya dalam kereta tersebut kerana nanti ditakuti akan merajuk, selalu meragam dan rosak. Ini yang dikatakan kebahagiaan kenderaan, jika sering rosak, maka seringlah bocor poket kita.

Justeru, kenderaan yang baik juga datangnya dari kita. Apa yang dikatakan kenderaan buruk itu hanyalah metafora, tidak bermakna kita perlu membeli kenderaan baru untuk bahagia. Maka kenderaan juga memperlihatkan perjalanan yang baik.

Jagalah tiga perkara ini dan renung-renungkanlah tiga perkara ini sebagai langkah awal untuk mengecap kebahagiaan kerana ketiga-tiga perkara ini memberi impak dalam perjalanan kita menemui Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sumber: http://laman-seri.blogspot.com/2011/03/tiga-kebahagiaan-insan.html

Monday, March 7, 2011

CIRI-CIRI WANITA SYURGA



... dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar." (An Nisa' : 13)

Ciri-ciri Wanita Syurga

Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Surga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.

Di antara ciri-ciri wanita ahli Syurga adalah :

01 Bertakwa

02 Beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan takdir yang baik dan buruk

03 Bersaksi bahawa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu

04 Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah dan dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.

05 Ikhlas beribadah kerana Allah, tawakkal, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

06 Gemar membaca Al Qur'an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendirian atau tidak dan berdoa kepada Allah semata

07 Menghidupkan amar ma'ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

08 Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki

09 Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10 Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia

11 Adil dalam segala perkara terhadap seluruh makhluk

12 Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah)

13 Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14 Berbakti kepada kedua orang tua

15 Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh



Demikian beberapa ciri-ciri wanita Ahli Syurga dari kitab Majmu' Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Syurga seluruhnya masuk dalam kerangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

Saturday, February 19, 2011

MENCINTAIMU ....ENGKAULAH YANG SATU...



Bagaimana jika Allah mencintai seseorang?

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda :

"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari)

MasyaAllah! Lihatlah cinta Allah..Sungguh luar biasa hebat..

Ketika Allah mencintai seseorang, Allah yang Maha Agung tidak cukup dengan hanya mengatakan "Aku cinta si dia!"

Tetapi Allah memaklumkan kepada seluruh makhluk-Nya.

Apa kata Allah dalam hadis tersebut?
"Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!"
Maka Jibril pun membuat pengumuman :
"Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia."
Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.

Oh Ar-Rahman Ar-Rahim, bahagianya mereka yang benar-benar dicintai Allah. Pasti hidup mereka sentiasa tenang dan diberkati.

Bayangkan jika semua disayangi Allah SWT. Pasti dunia ini dipenuhi dengan kebahagiaan.

Tidakkah kita mahu menjadi seorang yang benar-benar dicintai Allah?????

Friday, February 18, 2011

KESILAPAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK



1. Bersangka buruk / terlalu bersangka baik

2. Berfikiran negatif

3. Kurang berlemah lembut

4. Memaki hamun anak

5. Jarang makan bersama

6. Sering mengeluh di hadapan.

7. Jarang meraikan anak

8. Tak adil

9. Tak mendidik dengan agama

10. Tak ambil tahu pasal pelajaran

11. Tak memprogram riadah anak

12. Tidak menyediakan suasana belajar

13. Taudalan yang tak baik.

14. Jarang bergurau dengan anak

15. Tidak menggunakan bahasa betul

16. Suka bertengkar depan anak.

17. Bermuka masam dengan anak

18. Memberi kebebasan keterlaluan

19. Terlalu mengongkong anak

20. Engkar janji

21. Tidak berminat dengan aktiviti anak

22. Tidak melayan persoalan anak

23. Lambat memberi penghargaan

24. Suka berleter

25. Hukuman tak setimpal

26. Suka mengancam

27. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan

28. Tidak menggalak kerjasama antara anak

29. Ego

30. Tidak mengakui kesilapan.



Maafkan kami wahai anak2 ...... semoga kita mendapat yang terbaik di dalam mendidik anak2 ....

Tuesday, February 15, 2011

YA RASULULLAH .... YA HABIBULLAH ......



Wahai Rasulullah,
Tika ini, jika engkau hadir bertamu,
Mungkin mengalir deras airmatamu,
Dek kesayuan mengenang umatmu,
Terlalu jauh dari Allah dan risalahmu,

Wahai Rasulullah,
Nafsu kini menjadi tuhan,
Harta dan pangkat menjadi sembahan,
Melalaikan segala arahan & janji ketuhanan,
Ibadah dirasa berat tidak tertahan,
Al Quran bukan lagi panduan kehidupan.

Wahai Rasulullah,
Kedamaian rumahtangga semakin hancur,
Sikap curang semakin subur
,
Peranan ibubapa kian gugur,
Ketaatan anak-anak turut melebur,
‘Barah' di dalam keluarga menjadi parah,
Akibat solat yang tiada berarah,
Amat jauhlah keikhlasan ibadah

Wahai Rasulullah,
Kami tidak mahu lupai jasa & kesukaranmu,
Namun ramai mendustakan ajaranmu,
Harta kini lebih dicintai dari cintamu,
Cinta Allah & Rasul menjadi lafaz kaku,
Seperti khayalan yang nyata palsu,

Wahai Rasulullah,
Dosa kami ibarat lautan tidak berpenghujung,
Namun dirasa umpama lalat di hujung hidung,
Hinggapnya hanya sebentar,
Bila ditepis ia tidak lagi berkunjung...
Taubat kami kurang kekesalan,
Tiada penghayatan, tiada keinsafan
Hati kian berkarat, dipenuhi dosa tanpa Nur Tuhan,
Anehnya, kami masih merasa layak ke syurga idaman,

Wahai Rasulullah,
Aurat wanita tercemar kian,
Berbangga ditayang & dihias berlebihan,
Ditagih penghargaan dan kalam pujian,
Tidak dipeduli murka Tuhan,
Bapa & suami dayus suatu kebiasaan,
Cuaikan amanah ketua keluarga lantikan tuhan,


Wahai Rasulullah,
Bersamamu, kami merindui kehidupan,
Namun adakah diri ini punyai kelayakan,
Dibanding sahabat, tabien & solihin yang beriman,
Dimanakah tempat kami di sisi insan kesayangan Tuhan,
Dipohon syafaatmu duhai kekasih pilihan,


Wahai Rasulullah,
Belas Allah kami harapkan,
Moga , tatkala menjelang kematian,
Jiwa yang sejahtera dapat kami hamparkan.


Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Leicester, UK

Saturday, February 5, 2011

HOMESTAY ALOR SETAR DAN SIK: VISTANA 3












HOMESTAY ALOR SETAR DAN SIK: VISTANA 3: "VISTANA HOMESTAY 3  RUMAH TERES SATU TINGKAT 4 BILIK TIDUR 2 BILIK MANDI Taman Rakyat Mergong- Jalan Putra Berhampiran dengan : ..."

Wednesday, January 19, 2011

MANUSIA YANG DIDOAKAN MALAIKAT





Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"
Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Ya Allah ya Rabul Alami ... jadikanlah diri ini antara orang-orang yang didoakan malaikat Mu

 CERITA LAMA 2017