Thursday, August 1, 2013

MENCARI LAILATUL QADAR

 

PETUA IMAM AL-GHAZALI CARI LAILATUL QADAR Tanda Tanda Malam Lailatul Qadar

PETUA IMAM AL-GHAZALI CARI LAILATUL QADAR
Tanda Tanda Malam Lailatul Qadar

Pesan junjungan besar Nabi Muhammad (selawat dan salam keatas baginda) adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan Ramadan.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar

Jika awal Ramadan jatuh pada hari:

I) Ahad atau Rabu -  malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadan

II) Isnin - malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 Ramadan;

III) Selasa atau Jumaat - malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 Ramadan;

IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 Ramadan;

V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 Ramadan

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Berdasar petua di atas, insya Allah malam qadar jatuh pada malam ke 29 Ramadan bersamaan dengan malam selepas siang 6 hb Ogos 2013.
Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

Tanda malam qadar ialah :

1)Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2)Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3)Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

 Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir Ramadan dengan beribadat kepada Allah SWT dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan Allah yang kelebihannya pahalanya melebihi - 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.
 2 Ogos 2013 ......

Sumber: http://syedsallehalattas.blogspot.com/2011/08/petua-imam-al-ghazali-cari-lailatul.html

No comments:

Post a Comment

 CERITA LAMA 2017