Selamat hari lahir Adam n Wafi ... mama doakan semoga Allah menjadikan pijaman satu manafaat untuk dibawa ke akhirat nanti . Jadilah anak yang soleh .... berjaya di dunia dan akhirat.
Sebulan sudah kita menyambutnya dengan penuh kegembiraan , berlalulah ia dengan penuh pengharapan , "adakah kita akan bertemu lagi di tahun hadapan ... Allah hu aqlam ...."
Antara tanda-tanda puasa kita diterimaNya .... kita masih mengamalkan segala kebaikan yang dilakukan di bulan Ramadan, antaranya bertahajjud, membaca al-Quran, bersedekah .... berusahalah diri, walaupun tidak banyak.
Syawal ... kita menyambut seadanya. Ampun dan maaf dipinta untuk semua.
”Ya Allah, berikanlah cintaMu kepada ku dan jadikanlah aku mencintai
orang yang mencintaiMU dan mencintai segala sesuatu yang membawa kepada
kecintaanMu. “
500gm daging kisar (selalunya ikut resepi letak isi udang tapi kita pakai daging kisar)
1 batang karet (didadu halus)
2 biji kentang (rebus dan lenyek)
Daun sup
Lada sulah
Garam
Bawang goreng (ikut citarasa masing-masing)
Cendawan butang (dipotong dadu)
Kulit dumpling (boleh diperolehi di pasaraya Giant)
Bancuhan tepung jagung (untuk disapu pada kulit dumpling semasa proses kelepet nanti)
Cara-caranya:
1) Campurkan daging kisar, kentang yang dilenyek, karet, daun sup,
cendawan, garam, bawang goreng dan lada sulah. Gaul sebati.
2) Ambik kulit
dumpling letakkan inti dalam 1 sudu makan atau ikut citarasa
masing-masing. Mungkin ada yang nak letak banyak isinya. Sapukan
bancuhan tepung jagung ditepi. Fungsinya untuk melekatkan kulit dumpling
tadi. Kemudian kelepet kulit dumpling seperti karipap.
3) Kukus atau rebus
sehingga masak. Letakkan sedikit minyak supaya tidak melekat.
Jika dikukus ...kurang sikit kemelekatannya .....hehehe.
4) Dumpling
yang dah masak sedap dimakan dengan sup.
5) Tambah kalu letak sos kicap
cili api.
Inilah dumpling versi Melayu ..... ala-ala bihun sup ....
Jom masak dumpling ..... anak2 pun suka. Ni masakan kat sek. Menu yang akan dimasak sekali sekala ...... kebanyakan kami sukakannya. Ada dumpling yang berkhasiat ...ditambah dengan sup ayam ..........
walaupun berasal dari Korea ..... tapi bila diMelayukan ...... sedap bangat ... thnks Cik Ros ... bangga sangat dengan mu ... ajaq kami masak pelbagai.
PETUA IMAM AL-GHAZALI CARI LAILATUL QADAR Tanda Tanda Malam Lailatul Qadar
PETUA IMAM AL-GHAZALI CARI LAILATUL QADAR
Tanda Tanda Malam Lailatul Qadar
Pesan junjungan besar Nabi Muhammad (selawat dan salam keatas
baginda) adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam
terakhir (hari ganjil) bulan Ramadan.
Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar
Jika awal Ramadan jatuh pada hari:
I) Ahad atau Rabu - malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadan
II) Isnin - malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 Ramadan;
III) Selasa atau Jumaat - malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 Ramadan;
IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 Ramadan;
V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 Ramadan
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat
menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.
Berdasar petua di atas, insya Allah malam qadar jatuh pada malam ke
29 Ramadan bersamaan dengan malam selepas siang 6 hb Ogos 2013.
Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.
Tanda malam qadar ialah :
1)Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2)Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3)Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat
pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan
kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir Ramadan dengan beribadat kepada Allah SWT dengan ikhlas dan penuh
keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan Allah yang kelebihannya
pahalanya melebihi - 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.
2 Ogos 2013 ......
Demam durian crepe menjadi2 ..... mengidamnya nak cuba, ok google dulu cara nk buat n gambaq yg berkaitan. .... ambik kat "Kongsi Resipi" sedap nampak ...www.kongsiresepi.com/read/8724/0/
Bahan-bahan:
250 g tepung gandum
500 ml santan (boleh guna Ayam Brand 200 ml dalam kotak, so kena plus lagi 300 ml
untuk dapatkan crepe yang nipis)
3 biji telur (aku guna Gred A)
Secubit garam
Pewarna kuning
*Satukan semua bahan dan kisar dalam blender hingga halus. Tapis. Rehatkan
adunan seketika sebelum mula melempeng.
Untuk filling:
Isi durian segar
Non Dairy Whipping Cream
Pukul whipping cream hingga kental. Gulung cream bersama durian dalam
crepe. Sejukan dalam peti ais ... sedap dimakan sejuk dari peti ais ...