Dah berapa kali buat .... mcm2 jadi , ambik kat blog Atie ... sedap tp awat selalu duk jd mcm2 rupa ... Kemarin p beli bahan, nk buat kat Along n Angah ..., depa yg makan pun, geng kat umah ni x layan coz ada mkn len, tp x terbuat ....mlm ni terasa nk buat , ahhaaa..... dah siap pun ..., satgi before tiduq km leh mkn ......
Saya hanya buat setengah adunan dari yg asal. Sedap, anak2 suka .......
Bahan:-
1 tin susu cair
5 sudu bear gula
4 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila
4 sudu besar serbuk koko/1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat - (saya guna 2 paket nescafe segera ....)
Keramel
2 sudu bear gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas
Rupa periuk kukus rekaan saya ......hehehe
Cara Membuat:-
Karamel - panaskan gula dalam periuk, setelah cair masukan air panas serta kacau hingga cair, kemudian masukan ke dlm loyang . Setelah siap kukus - sebelum ditebalikkan .... Puding -
Masukkan telur, gula, susu dan esen vanilla dlm blender ...hehhe (teknik nk cepat) dan blend bahan2 tersebut.(cara sebegini menghasilkan puding yg berbuih2)
Tuang separuh adunan td ke dalam loyang yg dimasukkan karamel - dan kukus sehingga masak.
Separuh lagi dimasukkan nescafe dan dilapis atas puding yg telah dikukus ....
Disejukkan dan ditebalikkan .....
Rupa puding karemel lapis nescafe setelah ditebalikkan .....
Setelah dipotong .............. sedapppppp........
Tart ni dibuat bersama2 Adam .... dia soraang saja yg tolong, yg len just jengok2 ...., duk ingatkan tart telur. My sister kata ...biaq p la kat kawan kita ni, dia baru beli mikrowave .... betui jg no, dr duk tgk mikrowave tu jd pameran, baik kita buat apa yg patut. Actually oven dah lama ada ... sejak azali ...hehheh, tp duk tang tu saja, baru bawa msk umah lepaih bah ....., x guna pun .... Dah ada dapur baru .....
Cara nk buat tart cheese ni , klik kat blog atie Thanks Atie ....., rajin2 la boh kat blog tu, nanti ada yg teringin nk buat .......
Malam ni menu dinner kami "harirah". Sedapnya ........ lebih sedap lg kerana tuan punya resepi yg buatkan. Kami tolong sikit2 aja .... makan tolong banyak2 ...
BAHAN BAHAN 4 labu bawang besar 10 biji tomato 2 biji telur 150 gram kacang kuda (rebus empuk)) - paling mudah, beli dlm tin 400 gm daging kisar @ 1/4 paha ayam dicincang 2 kiub knor sedikit garam , kunyit 4 tangkai daun saderi 300gm spageti- dipatah2 100gm tepung gandum - utk memekatkan kuah sup
CARA Blend bawang n tomato Masukan dlm periuk bersama 5 cawan air Masukkan kacang kuda, spageti ... masak hingga empuk Masukkan daging kisar yg telah dibulat2kan @ ayam yg telah dipotong kecil2 Masukkan kunyit, garam, knor, daun saderi .... kacau.. Lastnya ..masukkan tepung gandum yg telah dibancuh dgn air n ditapis ... Pukul telur dan masukkan secamca demi secamca ..... utk dapatkan rupa sup harirah yg sebenarnya
Kami sekeluarga suka harirah ni ... terutama di bulan Ramadan .... ganti bubur kanji. Ini adalah sup dari Magribi .....
Sumber :http://atie-bluesky.blogspot.com/2010/04/tart-telur.html
Makanan kegemaran anak2 , selalu sangat beli kat Tesco, tgk kat blog Atie ... senang jg. Walaupun menggunakan mikrowave ... try buat jg, bolehla ....sedap ..
BAHAN-BAHAN
Bahan Crust: 2cwn gandum 1/4 cwn gula halus 1/2 cwn butter 1/2 sudu teh baking powder secubit garam 2 biji telur **gaul semua bahan kecuali telur sampai betul2 sebati. last skali masukkan telur,uli sampai menjadi doh. tambah tepung, kalau doh 2 masih melekat2.
Bahan filling : 1 cwn susu cair 1 cwn air 4 biji telur 1 cwn gula halus (sila kurangkan,manis sgt) 1 sudu besar kastard esen vanilla
Cara: campur semua bahan, kacau hingga sebati Canai doh dan msk dlm bekas tart, tuang filling dan bakar ...suhu 160 , 15 minit.
BAHAN-BAHAN Bahan kulit tat 500gm tepung gandum 240gm mentega 1 1/2 sudu makan tepung kastard 1 biji telur rebus 1 sudu makan tepung jagung
Bahan sapuan 1 biji kuning telur 1/2 sudu makan air @ putih telur
Bahan inti 1 biji nanas 550 - 650gm gula 2 inci kulit kayu manis
CARA MEMBUAT INTI
1. Mesin atau parut nanas. Kemudian tapis airnya supaya tidak terlalu berair 2. Kemudian campurkan nanas dan gula dalam periuk dan masuk kulit kayu manis. 3. Kacau sehingga airnya separuh kering 4. Teruskan memasak sehingga inti menjadi pekat. Sejukkan sebelum guna.
CARA MEMBUAT TART
1. Kupas telur dan ambil kuningnya sahaja. Kemudian hancur-hancur kuningnya. 2. Ramas kuning telur yang dihancurkan bersama tepung sehingga sekata. 3. Kemudian ramas pula mentega bersama tepung sehingga membentuk adunan doh yang lembut. Jika terlalu lembik, boleh campurkan dengan sedikit tepung gandum. 4. Dengan menggunakan acuan tart, paip atas dulang dan masukkan inti. 5. Gulung kulit tart dan letakkan sapuan tadi serta bakar .
Sejak dua mejak ni, seronok saja duk menjengok blog2 yg ada resepi sedap2 ni .... Puding roti marble coklat ni , memang sedap .... dah buat dah. Anak2 sgt sukaaaaaa.... Lgpun senang sgt nk buatnya ....
Sumber : 1. http://nicemamaforever.blogspot.com/2011/03/puding-roti-marble-coklat.html 2. http://hanamemories.blogspot.com/2011/03/puding-roti-marble-coklat.html
Bahan-bahan
4 keping roti 2 biji telur 1/2 cawan susu pekat 170ml susu cair 10gram serbuk agar2 @ sepeket 1/2 cawan gula - bleh kurangkan 2 sudu besar butter@marjerin (cairkan) 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml 2 sudu besar serbuk koko
Cara-cara
1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk. 2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi. 3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api. 4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut). 5. Ambil sesenduk warna putih @ plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding mudah sejuk @ membeku. 6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
Lirik by: UNIC (Ainul Mardhiah) Dirimu pembakar semangat perwira Rela berkorban demi agama Kau jadi taruhan berjuta pemuda Yang bakal dinobat sebagai syuhada Itulah janji pencipta Yang Esa
Engkaulah bidadari dalam syurga Bersemayam di mahligai bahgia Anggun gayamu wahai seorang puteri Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri Untuk melakar satu wacana Buatmu bernama wanita
Ainul Mardhiah Kau seharum kuntuman di Taman Syurga Menanti hadirnya seorang lelaki Untuk menjadi bukti cinta sejati Ooh! Tuhan Bisakah dicari di dunia ini Seorang wanita bak bidadari Menghulurkan cinta setulus kasih Dihati lelaki bernama kekasih
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
"Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)