Tuesday, October 18, 2011

ISTIMEWA SEORANG ISTERI ......



ISTIMEWANNYA SEORANG ISTERI .....

  • Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
  • Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya bermasalah di titian Sirat , seorang isteri berhasrat bersama suaminya memasuki syurga, isteri memberi pahalanya kepada suami untuk melepasi masuk syurga bersamanya.
  • Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah-tambah lagi di akhirat.
  • Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
  • Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan dipertanggungjawabkan. Ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.
  • Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya dan juga tidak derhaka kepada suaminya........
  • Ya Allah .... kurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah ...


Friday, October 14, 2011



HAK DIRI YANG MESTI DIPENUHI .....

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat Islam umumnya.
Berikut adalah kandungan wasiat tersebut:
” Barang siapa yg ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah dia mengamalkan 10 perkara:


1)Hak kpd diri:
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yang ada.

2)Hak kpd malaikat maut:
Mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal, mendapatkan kemaafan dari org yg dizalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH

3)Hak kpd kubur:
Membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.

4)Hak kpd Munkar dan Nakir :
Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5)Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat):
Menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.

6)Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat):
Membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

7)Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka):
Menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

8)Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga Syurga):
Merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9)Hak kpd Nabi Muhammad SAW:
Berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

10)Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


Sunday, October 9, 2011

NILAINYA SEDEKAH


SEDEKAH ....


Kematian memang di tangan Allah. Tetapi mempercepat dan melewatkan kematian adalah hak Nya juga. Maka ada satu perkara yang boleh membuat kematian menjadi sesuatu yang boleh ditunda. bagaimana caranya dan mengapa boleh terjadi?

Kisah ini benar-benar terjadi pada masa kenabian Ibrahim a.s. Suatu hari, Malaikat Kematian mendatangi Nabiyallah Ibrahim, dan bertanya, “Siapa anak muda yang tadi mendatangimu wahai Ibrahim?”

“Yang anak muda tadi maksudnya?” tanya Ibrahim. “Itu sahabat sekaligus muridku.”

“Ada apa dia datang menemuimu?”

“Dia menyampaikan bahawa dia akan melangsungkan perkahwinannya esok pagi.”

“Wahai Ibrahim, sayang sekali, umur anak itu tidak akan sampai esok pagi.” Selesai berkata seperti itu, Malaikat Kematian pergi meninggalkan Nabiyallah Ibrahim. Hampir saja Nabiyallah Ibrahim tergerak untuk memberitahu anak muda tersebut, untuk menyegerakan perkahwinannya malam ini, dan memberitahu tentang kematian anak muda itu besok. Tapi langkahnya terhenti. Nabiyallah Ibrahim memilih kematian tetap menjadi rahsia Allah.

Esok paginya, Nabiyallah Ibrahim ternyata melihat dan menyaksikan bahwa anak muda tersebut tetap boleh melangsungkan perkahwinannya.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun, Nabiyallah Ibrahim malah melihat anak muda ini panjang umurnya.Hingga usia anak muda ini 70 tahun, Nabiyallah Ibrahim bertanya kepada Malaikat Kematian, apakah dia berbohong tempoh hari sewaktu memberitakana bahawa anak muda itu umurnya tidak akan sampai besok pagi?

Malaikat Kematian menjawab bahawa dirinya memang akan mencabut nyawa anak muda tersebut, tapi Allah menahannya.

“Apa sebab yang membuat Allah menahan tanganmu untuk tidak mencabut nyawa anak muda tersebut, dulu?”

“Wahai Ibrahim, di malam menjelang perkahwinannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh dari kekayaannya. Dan ini yang membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut, hingga engkau masih melihatnya hidup.”

Kematian memang di tangan Allah. Justeru itu, mempercepat dan melewat kematian adalah hak Allah. Dan Allah memberitahu pada kalam Rasul-Nya, Muhammad SAW bahawa sedekah itu boleh memanjangkan umur. Jadi, bila disebut bahawa ada sesuatu yang boleh menunda kematian, itu adalah…........sedekah.

Maka, tengoklah kanan-kiri anda, lihat-lihatlah sekeliling anda. Bila anda menemui ada satu,dua kesusahan di depan mata anda. Maka sesungguhnya adalah orang yang perlu pertolongan. Kerana siapa tahu kesusahan itu diperlihatkan oleh Allah untuk memperpanjang umur anda.

Cuma apakah anda bersedia menolongnya atau tidak. Bila bersedia, maka kemungkinan besar, memang Allah akan memanjangkan umur anda.

Saudara-saudaraku sekalian, tidak ada seorang pun yang mengetahui bila ajalnya akan sampai. Dan, tidak seseorangpun yang mengetahui dalam keadaan apa ajalnya tiba. Maka mengeluarkan sedekah bukan saja akan memanjang umur, malah juga memungkinkan kita meninggal dalam keadaan baik. Bukankah sedekah akan mengundang cintanya Allah? Sedangkan kalau seseorang sudah dicintai oleh Allah, maka tidak ada masalahnya yang tidak diselesaikan, tidak ada keinginannya yang tidak dikabulkan, tidak ada dosanya yang tidak diampunkan, dan tidak ada nyawa yang dicabut dalam keadaan husnul khatimah.

Mudah-mudahan Allah berkenan memanjangkan umur, sehingga kita semua berkesempatan untuk mendapat keampunan Allah dan mengubah segala kelakuan kita, sambil mempersiapkan kematian pada masa mendatang.

"Ya Allah ... jadikanlah kami serta zuriat keturunan kami di dalam golongan orang2 dibawah keberkatan dan lindungan Mu"



Dipetik dari sumber:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=278763558814561&set=a.222634214427496.65143.192242767466641&type=1&theater

Sunday, June 26, 2011

KEK COKLAT KUKUS




Bahan2:
1 cwn gula
1 cwn susu pekat
1 cwn susu cair
1 cwn serbuk koko
1 cwn minyak masak

Semua bahan:
2 campur n kacau atas api sederhana n sejukkan

Bhn2 lain:

3biji telur
1 1/2 cwn gandum + 1sudu teh serbuk soda
>> kacau hingga sebati dlm adunan koko yg dh sejuk kt atas tu >> kemudian kukus atas api yg sederhana


Mudahnya buat kek coklat kukus ni .......... ramainya yg suka. Dulu masa anak2 kecik2 rajin jg buat ..tp x lah semudah ni. Thanks Atie ..

Saturday, June 25, 2011

Trifle



Trifle .....





Dah berapa kali buat .... mcm2 jadi , ambik kat blog Atie ... sedap tp awat selalu duk jd mcm2 rupa ...
Kemarin p beli bahan, nk buat kat Along n Angah ..., depa yg makan pun, geng kat umah ni x layan coz ada mkn len, tp x terbuat ....mlm ni terasa nk buat , ahhaaa..... dah siap pun ..., satgi before tiduq km leh mkn ......

Wednesday, June 8, 2011

PUDING KARAMEL LAPIS NESCAFE



Sepotong puding karamel lapis nescafe

Sember asal blog: http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/2008/04/puding-karamel-lapis-coklat.html
Saya hanya buat setengah adunan dari yg asal. Sedap, anak2 suka .......

Bahan:-
1 tin susu cair
5 sudu bear gula
4 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila
4 sudu besar serbuk koko/1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat - (saya guna 2 paket nescafe segera ....)

Keramel
2 sudu bear gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas
Rupa periuk kukus rekaan saya ......hehehe

Cara Membuat:-
Karamel - panaskan gula dalam periuk, setelah cair masukan air panas serta kacau hingga cair, kemudian masukan ke dlm loyang .
Setelah siap kukus - sebelum ditebalikkan ....

Puding -
  1. Masukkan telur, gula, susu dan esen vanilla dlm blender ...hehhe (teknik nk cepat) dan blend bahan2 tersebut.(cara sebegini menghasilkan puding yg berbuih2)
  2. Tuang separuh adunan td ke dalam loyang yg dimasukkan karamel - dan kukus sehingga masak.
  3. Separuh lagi dimasukkan nescafe dan dilapis atas puding yg telah dikukus ....
  4. Disejukkan dan ditebalikkan .....
Rupa puding karemel lapis nescafe setelah ditebalikkan .....

Setelah dipotong .............. sedapppppp........










Sunday, June 5, 2011

BLUEBERRY CHEESE TART

Link
SUMBER: http://nicemamaforever.blogspot.com/2011/03/blueberry-cheese-tart-best.html
Ari ni baru buat blueberry chesse tart yg duk nyanyi2 2, 3 minggu dah ......tengok ke rupa, alamak ....hehhehe, tp bila makan, saya suka ......

Tart ni dibuat bersama2 Adam .... dia soraang saja yg tolong, yg len just jengok2 ...., duk ingatkan tart telur. My sister kata ...biaq p la kat kawan kita ni, dia baru beli mikrowave .... betui jg no, dr duk tgk mikrowave tu jd pameran, baik kita buat apa yg patut. Actually oven dah lama ada ... sejak azali ...hehheh, tp duk tang tu saja, baru bawa msk umah lepaih bah ....., x guna pun .... Dah ada dapur baru .....

Cara nk buat tart cheese ni , klik kat blog atie
Thanks Atie ....., rajin2 la boh kat blog tu, nanti ada yg teringin nk buat .......

Friday, June 3, 2011

CUTI-CUTI

Cuti ...jalan2 kat Penang. 1 day only ...

AMMAR - RESTORAN TARBUSH ....makan2


Mandi-manda .... belajar berenang ..



NET N ANGAH - makan-makan



MAKAN-MAKAN KAT RESTORAN TARBUSH - BATU FERINGGI



NASI BYRANI KAMBING - ABAH, MAMA & NET - sedapnya ...



MINUMAN COLKAT ADAM N SYIFA

Thursday, June 2, 2011

HARIRAH (sup Morocco)


Malam ni menu dinner kami "harirah". Sedapnya ........ lebih sedap lg kerana tuan punya resepi yg buatkan. Kami tolong sikit2 aja .... makan tolong banyak2 ...


BAHAN BAHAN
4 labu bawang besar
10 biji tomato
2 biji telur
150 gram kacang kuda (rebus empuk)) - paling mudah, beli dlm tin
400 gm daging kisar @ 1/4 paha ayam dicincang
2 kiub knor
sedikit garam , kunyit
4 tangkai daun saderi
300gm spageti- dipatah2
100gm tepung gandum - utk memekatkan kuah sup

CARA
Blend bawang n tomato
Masukan dlm periuk bersama 5 cawan air
Masukkan kacang kuda, spageti ... masak hingga empuk
Masukkan daging kisar yg telah dibulat2kan @ ayam yg telah dipotong kecil2
Masukkan kunyit, garam, knor, daun saderi .... kacau..
Lastnya ..masukkan tepung gandum yg telah dibancuh dgn air n ditapis ...
Pukul telur dan masukkan secamca demi secamca ..... utk dapatkan rupa sup harirah yg sebenarnya

Kami sekeluarga suka harirah ni ... terutama di bulan Ramadan .... ganti bubur kanji.
Ini adalah sup dari Magribi .....

Tuesday, May 31, 2011

TART TELUR



Sumber :http://atie-bluesky.blogspot.com/2010/04/tart-telur.html

Makanan kegemaran anak2 , selalu sangat beli kat Tesco, tgk kat blog Atie ... senang jg. Walaupun menggunakan mikrowave ... try buat jg, bolehla ....sedap ..

BAHAN-BAHAN

Bahan Crust:
2cwn gandum
1/4 cwn gula halus
1/2 cwn butter
1/2 sudu teh baking powder
secubit garam
2 biji telur
**gaul semua bahan kecuali telur sampai betul2 sebati. last skali masukkan telur,uli sampai menjadi doh. tambah tepung, kalau doh 2 masih melekat2.

Bahan filling :
1 cwn susu cair
1 cwn air
4 biji telur
1 cwn gula halus (sila kurangkan,manis sgt)
1 sudu besar kastard
esen vanilla

Cara:
campur semua bahan, kacau hingga sebati
Canai doh dan msk dlm bekas tart, tuang filling dan bakar ...suhu 160 , 15 minit.

Monday, May 30, 2011

TART NANAS



BAHAN-BAHAN
Bahan kulit tat
500gm tepung gandum
240gm mentega
1 1/2 sudu makan tepung kastard
1 biji telur rebus
1 sudu makan tepung jagung

Bahan sapuan
1 biji kuning telur
1/2 sudu makan air @ putih telur

Bahan inti
1 biji nanas
550 - 650gm gula
2 inci kulit kayu manis

CARA MEMBUAT INTI


1. Mesin atau parut nanas. Kemudian tapis airnya supaya tidak terlalu berair
2. Kemudian campurkan nanas dan gula dalam periuk dan masuk kulit kayu manis.
3. Kacau sehingga airnya separuh kering
4. Teruskan memasak sehingga inti menjadi pekat. Sejukkan sebelum guna.

CARA MEMBUAT TART

1. Kupas telur dan ambil kuningnya sahaja. Kemudian hancur-hancur kuningnya.
2. Ramas kuning telur yang dihancurkan bersama tepung sehingga sekata.
3. Kemudian ramas pula mentega bersama tepung sehingga membentuk adunan doh yang lembut. Jika terlalu lembik, boleh campurkan dengan sedikit tepung gandum.
4. Dengan menggunakan acuan tart, paip atas dulang dan masukkan inti.
5. Gulung kulit tart dan letakkan sapuan tadi serta bakar .

Sumber: Dari dapur Azli Razali : Utusan Malaysia

 CERITA LAMA 2017