Monday, July 4, 2016

RENDANG AYAM CIK ROS




Bahan-bahan :
1 ekor ayam dipotong sederhana besar
 Daun kunyit
Daun limau purut
4 sudu kerisik
Asam keping
Garam
1 mangkuk santan pekat n 1 mangkuk santan cair ( dari 2 biji kelapa)

 Bahan B: (utk blend)
10 mulas bawang putih
2 inci halia
10 batang serai
6 ulas bawang merah
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
6 biji cili kering
10 biji cili padi

Cara membuatnya:
Kisar semua bahan B. Masak santan pekat sehingga pecah minyak. (utk hasilkan rendang yg tahan lama)
 Masukkan bahan kisar (B) dan kacau sehinnggga berbau wangi.
Masukkan ayam, daun limau purut dan asam keping.
Bila agak kering, masukan santan cair, garam, kerisik dan daun kunyit.
Jika ingin rendang berkuah .... tidak perlu dimasak terlalu kering.


p/s .. walaupun x pnh buat lg ... tp sebab suka makan, ai salin jk dalam blog utk rujukan nanti.
Kredit utk C Ros http://jomintai-intai.blogspot.my/2011/08/rendang-ayam.html

KEK KAROT


http://jomintai-intai.blogspot.my/2015/12/kek-karot.html 

 http://www.enyabdullah.com/2015/05/resepi-carrot-cake-simple.html

Resepi Kek Karot


Bahan A
 2 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
1/2 camca teh soda bicarbonate
1/2 camca teh garam halus
Bahan B
  4 biji telur gred A
1 cawan minyak jagung
  3/4 cawan gula castor
Bahan C
1 1/4 cawan parutan lobak merah yang diperah sedikit airnya
3/4 cawan kacang walnutdigoreng atau dipanggang - cincang kasar
1/2 cawan kismis – cincang kasar

Cara :
1. Satukan Bahan B dalam mixer. Pukul sehingga kembang
2. Masukkan Bahan A, dan pukul sekejap je sehingga sebati
3. Masukkan Bahan C, guna spatula dan kacau rata.
4. Bakar selama 50 minit atau sehingga masak

Wednesday, February 10, 2016

KEK GULA HANGUS KUKUS

Tiba-tiba ari ni jadi rajin nak log in blog yg lama ditinggalkan .... kebetulan mencari resepi "Kek gula hangus kukus".....
ni kak dah jumpa kat blog yang ssgat rajin ....
 sumber : 
http://www.secubitgaramnor67.com/2014/09/kek-gula-hangus-kek-sarang-semut.html#ixzz3zpLTqZzK







KEK GULA HANGUS @ KEK SARANG SEMUT
 
Bahan untuk gula hangus :
2 cawan gula pasir
2 cawan air mendidih
3 sudu besar (penuh) mentega

Cara:
masukkan gula dlm kuali atau periuk
buka api sederhana
sentiasa kacau2 gula sampai larut
sampai warna jadi keemasan
masukkan air panas dlm gula td...
AWAS....berhati2 sbb gula tu mcm meletup2 skit nanti
gula akan jadi ketul2 sikit bila masuk air dan cairkan semula...
masukkan mentega..biarkan larut...
tutup api dan sejukkan ...........................

bahan untuk kek :
7 biji telur
2 cawan tepung gandum
1/2 tin susu pekat manis
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila

Cara:
pukul telur sampai kembang
(blend pun boleh. ... kak guna blender saja .....guna mixer pun boleh)
masukkan susu pekat n esen vanilla n blend lg

ayak tpg gandum + soda + baking powder
masukkan dlm adunan (kak dah x blend sbb x celuih nk masuk dlm blender )
masuk gula hangus yg dh sejuk td...n kacau (blend)

kak biar selama 3 jam ...kemudian kukus selama 45 minit




ni resepi yg nak bakar .....
(bakar selama 1- 1 1/4 jam guna api bawah n suhu cam biasa la..antara 160-180 darjah celcius
5-10 mnt terakhir, guna api atas dan bawah)
(utk dapatkan potongan yg cantik dan berlubang, belah kek di tgh, kemudian tgk arah urat kek..potong kek secara melintang garisan tersebut)

Thursday, February 12, 2015

TUAN GURU YANG DISAYANGI KERANAMU



12/2/2015  ......

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ...
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأ
َبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

Wednesday, September 17, 2014

HARI LAHIR WAFI DAN ADAM

Selamat hari lahir Adam n Wafi ... mama doakan semoga Allah menjadikan pijaman satu manafaat untuk dibawa ke akhirat nanti . Jadilah anak yang soleh .... berjaya di dunia dan akhirat.

Wafi ... 7 y
Wafi 7 y
Kenduri Syafiq 2013
Adam 2014 Aidil Fitri

Adam

Wafi

Wafi Ramadan ...

Friday, August 1, 2014

Perubatan Rasulullah SAW






Cara Rasulullah (SAW) Menjaga Kesihatan

1) Bangun sebelum Subuh
2) Menjaga kebersihan
3) Kurang makan
4) Senaman (berjalan kaki)
5) Bersabar (tidak pemarah)
6) Pemaaf
7) Baik hati

http://pakarhowto.com/cara-nabi-saw-jaga-kesihatan.html

RAMADAN YANG BERLALU, Syawal yang menjelma

Sebulan sudah kita menyambutnya dengan penuh kegembiraan , berlalulah ia dengan penuh pengharapan , "adakah kita akan bertemu lagi di tahun hadapan ... Allah hu aqlam ...."
Antara tanda-tanda puasa kita diterimaNya .... kita masih mengamalkan segala kebaikan yang dilakukan di bulan Ramadan, antaranya bertahajjud, membaca al-Quran, bersedekah .... berusahalah diri, walaupun tidak banyak.

Syawal ... kita menyambut seadanya. Ampun dan maaf dipinta untuk semua.

Aidil Fitri 2014

Wednesday, May 14, 2014

PINJAMAN ALLAH

”Ya Allah, berikanlah cintaMu kepada ku dan jadikanlah aku mencintai orang yang mencintaiMU dan mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaanMu. “
 رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا   

Thursday, March 6, 2014

DUMPLING



selepas diklim macam karipap

dimakan bersama sup

dimakan bersam kicap pedas

dihidangkan ........

sup ayam ....

kicap cili api


Dumpling  .... versi Melayu. ( blog Cik Ros ...http://jomintai-intai.blogspot.com/2012/06/dumpling-annyasayoo.html 
ni copy paste dari tok guru ...... 
Bahan-bahan :
500gm daging kisar (selalunya ikut resepi letak isi udang tapi kita pakai daging kisar)
1 batang karet (didadu halus)
2 biji kentang (rebus dan lenyek)
Daun sup
Lada sulah
Garam
Bawang goreng (ikut citarasa masing-masing)
Cendawan butang (dipotong dadu)
 Kulit dumpling (boleh diperolehi di pasaraya Giant)
Bancuhan tepung jagung (untuk disapu pada kulit dumpling semasa proses kelepet nanti)
Cara-caranya:
1) Campurkan daging kisar, kentang yang dilenyek, karet, daun sup, cendawan, garam, bawang goreng dan lada sulah. Gaul sebati.
2)  Ambik kulit dumpling letakkan inti dalam 1 sudu makan atau ikut citarasa masing-masing. Mungkin ada yang nak letak banyak isinya. Sapukan bancuhan tepung jagung ditepi. Fungsinya untuk melekatkan kulit dumpling tadi. Kemudian kelepet kulit dumpling seperti karipap.
3) Kukus atau rebus sehingga masak. Letakkan sedikit minyak supaya tidak melekat.
Jika dikukus ...kurang sikit kemelekatannya .....hehehe.
4) Dumpling yang dah masak sedap dimakan dengan sup.
5) Tambah kalu letak sos kicap cili api.  
Inilah dumpling versi Melayu ..... ala-ala bihun sup ....

Jom masak dumpling  ..... anak2 pun suka. Ni masakan kat sek. Menu yang akan dimasak sekali sekala ...... kebanyakan kami sukakannya. Ada dumpling yang berkhasiat ...ditambah dengan sup ayam .......... 
walaupun berasal dari Korea ..... tapi bila diMelayukan ...... sedap bangat ... thnks Cik Ros ... bangga sangat dengan mu ... ajaq kami masak pelbagai.

Thursday, August 1, 2013

MENCARI LAILATUL QADAR

 

PETUA IMAM AL-GHAZALI CARI LAILATUL QADAR Tanda Tanda Malam Lailatul Qadar

PETUA IMAM AL-GHAZALI CARI LAILATUL QADAR
Tanda Tanda Malam Lailatul Qadar

Pesan junjungan besar Nabi Muhammad (selawat dan salam keatas baginda) adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan Ramadan.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar

Jika awal Ramadan jatuh pada hari:

I) Ahad atau Rabu -  malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadan

II) Isnin - malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 Ramadan;

III) Selasa atau Jumaat - malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 Ramadan;

IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 Ramadan;

V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 Ramadan

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Berdasar petua di atas, insya Allah malam qadar jatuh pada malam ke 29 Ramadan bersamaan dengan malam selepas siang 6 hb Ogos 2013.
Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

Tanda malam qadar ialah :

1)Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2)Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3)Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

 Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir Ramadan dengan beribadat kepada Allah SWT dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan Allah yang kelebihannya pahalanya melebihi - 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.
 2 Ogos 2013 ......

Sumber: http://syedsallehalattas.blogspot.com/2011/08/petua-imam-al-ghazali-cari-lailatul.html

 CERITA LAMA 2017